fbpx

DASAR PERLINDUNGAN DATA PERIBADI

Kemaskini Terakhir: Mei 2025

Dasar Perlindungan Data Peribadi (“Dasar”) ini menetapkan asas di mana Cortina Holdings Limited dan anak syarikat kami, (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Kumpulan Cortina” atau “kami”) boleh mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau memproses data peribadi (“Data Peribadi”) orang-orang mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan perlindungan Data Peribadi yang berkenaan. Dalam usaha kami dalam melaksanakan dasar, amalan dan proses terkini, kami akan mengkaji semula dasar, amalan dan proses ini dari semasa ke semasa. Kami berhak untuk meminda terma Dasar ini mengikut budi bicara mutlak kami. Dasar ini, sekiranya dipinda, akan disiarkan di laman web kami. Anda digalakkan untuk melawati laman web kami dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda termaklum  dengan dasar terkini kami berhubungan dengan perlindungan Data Peribadi. Dengan terus menjalin hubungan atau berurusan dengan Kumpulan Cortina, anda  dianggap sebagai  menerima Dasar ini seperti yang dipinda dan terikat dengan terma-terma yang dikemas kini dari semasa ke semasa.

Dasar ini terpakai kepada Data Peribadi dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami, termasuk Data Peribadi dalam simpanan organisasi-organisasi yang kami lantik untuk mengumpul, menggunakan, menzahirkan atau memproses Data Peribadi bagi pihak kami. Dalam Kumpulan Cortina, perlindungan Data Peribadi anda adalah keutamaan kami dan kami mengambil langkah-langkah munasabah serta langkah keselamatan yang sewajarnya untuk memastikan Data Peribadi anda sentiasa dilindungi.

Tujuan Dasar ini adalah untuk memaklumkan anda tentang cara-cara kami menguruskan Data Peribadi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) Malaysia (“PDPA”).

1. Data Peribadi Anda

1.1 PDPA mentakrifkan Data Peribadi sebagai apa-apa maklumat berkenaan dengan transaksi komersial yang: (a) sedang diproses secara keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan yang dikendalikan secara automatic sebagai tindak balas kepada arahan yang diberikan bagi maksud itu; (b) direkodkan dengan niat bahawa ia sepatutnya diproses keseluruhannya atau sebahagiannya melalui kelengkapan itu; atau (c) direkodkan sebagai sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan atau dengan niat bahawa ia sepatutnya menjadi sebahagian daripada sistem pemfailan yang berkaitan, yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang subjek data, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu atau daripada maklumat itu dan maklumat lain dalam milikan pengawal data, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang subjek data itu; tetapi tidak termasuk apa-apa maklumat yang diproses bagi maksud perniagaan pelaporan kredit yang dijalankan oleh sesuatu agensi pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Penyerahan Data Peribadi anda adalah secara sukarela sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk tidak memberikan Data Peribadi tertentu, atau jika Data Peribadi yang diberikan tidak mencukupi atau tidak tepat, kami mungkin tidak dapat memproses permintaan anda, menyediakan produk atau perkhidmatan yang diminta kepada anda, atau sebaliknya memenuhi tujuan yang digariskan dalam Dasar ini.

1.2. Kumpulan Cortina menganggap jenis Data Peribadi tertentu sebagai “data peribadi sensitif”. Ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, sebarang data peribadi yang terdiri daripada maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental atau keadaan seorang individu, pendapat politik mereka, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, perbuatan atau dakwaan melakukan apa-apa kesalahan, data biometrik atau sebarang data peribadi lain seperti yang ditetapkan di bawah PDPA. Kumpulan Cortina secara amnya tidak mengumpul atau memproses data peribadi sensitif melainkan persetujuan secara nyata telah diperoleh daripada individu tersebut, atau di mana pemprosesan sedemikian dibenarkan atau dikehendaki di bawah undang-undang Malaysia. Walau bagaimanapun, sekiranya anda secara sukarela memberikan data peribadi sensitif kepada kami—contohnya, data berkaitan dengan kesihatan seperti maklumat tentang alahan atau penyakit kulit— pemberian data peribadi sensitif anda akan dianggap sebagai memberi kami persetujuan secara nyata anda melalui kelakuan, untuk mengumpul, menggunakan, dan menzahirkan maklumat tersebut semata-mata untuk tujuan yang diberikan jika munasabah bahawa anda akan memberikan maklumat tersebut secara sukarela, dan mengikut peruntukan PDPA. Kami akan mengendalikan sebarang data peribadi sensitif yang kami terima dengan langkah-langkah munasabah dan mematuhi segala keperluan undang-undang yang berkenaan.

1.3. Kami mungkin akan menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan berikut: (a) tujuan ia dikumpulkan (dan tujuan berkaitan yang dijangkakan secara munasabah oleh anda); (b) tujuan yang telah anda persetujui; atau (c) sebagaimana yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang.

1.4. Bergantung pada sifat interaksi anda dengan kami, beberapa contoh Data Peribadi yang mungkin kami kumpulkan daripada anda termasuk nama anda, maklumat hubungan seperti alamat, alamat e-mel atau nombor telefon anda, kewarganegaraan, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, gambar serta maklumat audio-visual lain, maklumat pekerjaan, latar belakang pendidikan, dan maklumat tentang penggunaan dan interaksi anda dengan laman web kami.

2. Pengumpulan Data Peribadi

2.1. Kami mungkin mengumpul Data Peribadi daripada pelanggan-pelanggan, rakan-rakan kongsi perniagaan, kontraktor-kontraktor, pekerja-pekerja dan individu-individu lain seperti pemohon-pemohon kerja. Kami hanya akan mengumpul data (a) yang anda berikan, atau dianggap telah memberi persetujuan kepada pengumpulan tersebut; atau (b) pengumpulan itu diperlukan atau dibenarkan di bawah PDPA atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

2.2. Kami mengumpul Data Peribadi anda dalam beberapa cara, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

2.2.1. apabila anda melengkapkan borang yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan kami (cth., borang langganan);

2.2.2. apabila anda mendaftar atau menggunakan laman web atau perkhidmatan kami (cth., memdaftar akaun, log masuk);

2.2.3. apabila anda memberi maklum balas atau berinteraksi dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami, (cth., melalui mesyuarat, e-mel atau panggilan telefon);

2.2.4. apabila anda menghantar item untuk diservis (cth., jam tangan, peralatan elektronik);

2.2.5. apabila anda mengambil bahagian dalam promosi atau tinjauan (cth., membalas permintaan maklum balas);

2.2.6. apabila anda memohon pekerjaan dengan kami (cth., menyerahkan resume atau permohonan);

2.2.7. melalui rakaman CCTV apabila anda melawat premis kami atau pengambilan gambar atau rakaman video di acara;

2.2.8. apabila anda menyerahkan Data Peribadi anda kepada kami atas sebarang sebab-sebab lain; dan/atau

2.2.9. apabila kami mengumpul Data Peribadi anda melalui cara lain yang sah.

2.3. Jika anda memberikan kami Data Peribadi yang berkaitan dengan pihak ketiga (cth., pasangan, anak-anak, ibu bapa, pekerja atau wakil yang diberi kuasa) untuk sebarang tujuan, anda mewakili dan menjamin bahawa anda telah memperoleh persetujuan yang diperlukan daripada pihak ketiga untuk Kumpulan Cortina untuk mengumpul, menggunakan dan/atau menzahirkan Data Peribadi tersebut untuk tujuan tertentu itu.

2.4. Semasa melayari laman web kami, anda biasanya berbuat demikian secara anonim, namun begitu data-data tertentu seperti kuki dan alamat IP masih boleh dikumpulkan (sila rujuk bahagian mengenai kuki untuk maklumat lanjut).

3. Tujuan Pengumpulan, Penggunaan dan Penzahiran Data Peribadi Anda

3.1. Kumpulan Cortina mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melindungi Data Peribadi anda daripada penzahiran yang tidak dibenarkan. Tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang berkenaan, Data Peribadi anda akan hanya dikumpul, diguna dan dizahir untuk tujuan yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

3.1.1. melaksanakan kewajipan semasa atau berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk yang diminta oleh anda;

3.1.2. menguruskan hubungan anda dengan kami;

3.1.3. bertindak balas, proses dan mengendalikan pertanyaan, permintaan dan aduan anda;

3.1.4. memproses permohonan kerja anda, termasuk semakan pra-pengambilan untuk menilai kesesuaian seseorang untuk jawatan pekerjaan yang tersedia;

3.1.5. mengesahkan identiti anda;

3.1.6. mematuhi undang-undang, peraturan, kod amalan, dan membantu pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang di Malaysia;

3.1.7. menjalankan analisis data (agregat dan anonim) untuk meningkatkan produk dan perkhidmatan pelanggan; Dan

3.1.8. dengan persetujuan termaklum, menggunakan data untuk sebarang tujuan lain yang berkaitan dalam menjalankan operasi perniagaan.

3.2. Kami mungkin menzahirkan atau memberikan akses kepada Data Peribadi anda kepada pihak ketiga berkaitan dengan tujuan yang diterangkan dalam perenggan 3.1.1 dalam Dasar ini. Kami mungkin menzahirkan Data Peribadi anda:

3.2.1. di mana pendedahan sedemikian diperlukan untuk melaksanakan kewajipan semasa atau berkaitan dengan penyediaan barangan atau perkhidmatan kami seperti yang diminta oleh anda;

3.2.2. untuk mematuhi mana-mana undang-undang, peraturan, kod amalan, garis panduan atau peraturan yang berkenaan (cth., dalam keadaan kecemasan atau apabila kami menerima sepina untuk menzahirkan Data Peribadi anda); atau

3.2.3. kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga, ejen dan organisasi lain yang telah kami lantik untuk melaksanakan mana-mana fungsi yang disenaraikan dalam perenggan 3.1.1 di atas bagi pihak kami. Mana-mana pihak ketiga yang terlibat oleh kami akan terikat secara kontrak untuk memastikan semua Data Peribadi kekal sulit.

3.3. Kami mengambil langkah-langkah munasabah serta langkah keselamatan yang sewajarnya untuk memastikan bahawa sebarang penzahiran Data Peribadi anda kepada pihak ketiga dilaksanakan dengan cara yang selamat dan terjamin. Langkah-langkah ini termasuk penyulitan data, akses terkawal kepada data peribadi berdasarkan tanggungjawab kerja, protokol pemindahan fail secara selamat, audit keselamatan berkala, pelaksanaan firewalls dan sistem pencegahan pencerobohan, dan latihan kakitangan pekerja tentang tatacara amalan perlindungan data.

4. Pemindahan Data Peribadi Rentas Sempadan

4.1. Memandangkan Kumpulan Cortina merupakan sebuah perniagaan antarabangsa, anda mengakui dan bersetuju bahawa sesetengah maklumat (termasuk Data Peribadi) mungkin dipindahkan ke wilayah/negara di luar Malaysia sebagai sebahagian daripada urusan perniagaan biasa kami, termasuk kepada pihak-pihak yang berada di;

4.1.1. Singapura

4.1.2. Thailand

4.1.3. Taiwan

4.1.4. Hong Kong (SAR), China

4.1.5. Macau (SAR), China

4.2. Apabila Kumpulan Cortina menzahirkan maklumat peribadi ke luar Malaysia, kami akan mematuhi Dasar ini serta keperluan di bawah PDPA berkaitan dengan pemindahan Data Peribadi di luar Malaysia, termasuk mana-mana peraturan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi. Sekiranya permindahan tersebut dilakukan, kami akan memaklumkan anda dan memberi pengesahan bahawa pemindahan Data Peribadi kepada penerima adalah perlu untuk tujuan memenuhi kewajipan kami di bawah undang-undang yang terpakai, dan bahawa kami telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda yang dipindahkan tidak akan digunakan atau dizahirkan oleh penerima untuk tujuan selain daripada yang dibenarkan di bawah PDPA, dan bahawa Data Peribadi anda terus menerima tahap perlindungan yang sekurang-kurangnya setara dengan tahap perlindungan yang diberikan di bawah undang-undang dan peraturan perlindungan Data Peribadi yang terpakai di Malaysia. Selain itu, sekiranya perlu, Kumpulan Cortina akan memasuki perjanjian perkongsian data yang mengikat secara sah dengan penerima. Sehubungan itu, anda mengesahkan bahawa dengan meneruskan hubungan dengan atau berurusan dengan Kumpulan Cortina, anda telah memberian persetujuan secara nyata terhadap penzahiran Data Peribadi anda oleh Kumpulan Cortina kepada pihak penerima yang dinyatakan, setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

5. Penzahiran tanpa Persetujuan; Persetujuan yang dianggap telah diberikan

5.1. Tertakluk kepada undang-undang perlindungan data yang berkenaan, kami boleh menzahirkan Data Peribadi anda tanpa kebenaran anda dalam situasi tertentu, termasuk di mana dikehendaki oleh undang-undang, atau di mana ia diperlukan untuk penguatkuasaan undang-undang atau proses undang-undang.

5.2. Dalam keadaan tertentu, kami boleh menganggap bahawa anda telah memberikan persetujuan yang dianggap apabila anda secara sukarela memberikan Data Peribadi anda untuk digunakan untuk tujuan yang dinyatakan. Dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya Dasar ini, dan bersetuju dengan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan dan penzahiran Data Peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar ini. Pengecualian di mana Data Peribadi boleh dikumpulkan tanpa persetujuan adalah menurut Seksyen 6 PDPA.

5.3. Tujuan yang disenaraikan di atas boleh dipakai walaupun dalam situasi di mana hubungan anda dengan kami (contohnya, menurut kontrak) telah tamat atau diubah dalam apa jua cara, bagi satu tempoh yang munasabah selepas itu (termasuk, jika berkenaan, tempoh bagi membolehkan kami menguatkuasakan hak kami di bawah mana-mana kontrak dengan anda).

6. Pemasaran Langsung

6.1. Pemasaran langsung melibatkan komunikasi langsung dengan anda untuk tujuan mempromosikan penjualan barangan dan perkhidmatan. Pemasaran langsung boleh disampaikan melalui pelbagai kaedah termasuk mel, telefon, e-mel, WhatsApp, Line, REDnote atau SMS. Kami boleh menggunakan dan menzahirkan maklumat peribadi anda untuk tujuan menghantar bahan pemasaran langsung kepada anda di mana anda telah bersetuju untuk kami berbuat demikian; atau sebaliknya dibenarkan oleh undang-undang.

6.2. Anda boleh berhenti melanggan daripada menerima bahan pemasaran langsung daripada kami pada bila-bila masa dengan menghubungi kami (rujuk perenggan 14 dasar ini) atau dengan menandakan kotak berhenti langgan dan memulangkan sebarang surat kepada pengirim atau dengan menggunakan pautan berhenti langgan dalam komunikasi digital kami. Kami akan mengambil tindakan berdasarkan maklumat tersebut dalam masa sepuluh (10) hari perniagaan selepas menerimanya di pejabat kami, atau sebaliknya, akan memaklumkan kepada anda mengenai jangka masa yang diperlukan untuk pelaksanaan penarikan balik persetujuan tersebut.

7. Sekuriti

7.1. Kumpulan Cortina akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang munasabah untuk mengelakkan akses, pengumpulan, penggunaan, penzahiran, penyalinan, pengubahsuaian, pelupusan yang tidak dibenarakan atau risiko-risiko lain yang serupa terhadap Data Peribadi yang berada dalam simpanannya. Kami melaksanakan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai seperti penyulitan data semasa penyimpanan dan penghantaran, pengurusan kawalan akses berdasarkan keperluan perniagaan yang perlu tahu , polisi kata laluan selamat, pemantauan sistem berkala dan penilaian kerentanan, latihan kakitangan mengenai perlindungan data, dan langkah keselamatan fizikal bagi premis dan pelayan data untuk memastikan keselamatan dan kesulitan Data Peribadi. Sila maklumkan kepada kami dengan segera jika anda menyedari sebarang pelanggaran sekuriti.

7.2. Kumpulan Cortina mewajibkan kontraktor dan pihak ketiga kami untuk memastikan Data Peribadi kekal sulit dan tidak digunakan atau dizahirkan untuk sebarang tujuan selain daripada melaksanakan perkhidmatan untuk kami atau bagi pihak kami serta untuk mematuhi Dasar ini dan keperluan di bawah PDPA.

7.3. Walaupun Kumpulan Cortina melaksanakan langkah-langkah keselamatan untuk melindungi Data Peribadi anda, tiada sistem yang boleh dijamin bebas sepenuhnya daripada risiko. Kami akan sentiasa menyemak dan menambah baik langkah-langkah keselamatan kami untuk mengurangkan potensi ancaman dan melindungi data anda setakat yang munasabah. Anda harus sedar bahawa sebahagian maklumat yang anda muat naik ke halaman media sosial kami mungkin boleh dilihat oleh orang awam. Anda harus menggunakan budi bicara dalam menentukan maklumat yang hendak dimuat naik ke laman web tersebut. Kumpulan Cortina tidak bertanggungjawab dalam apa jua cara untuk keselamatan dan/atau pengurusan Data Peribadi yang dikongsi oleh individu dengan laman web pihak ketiga yang boleh diakses melalui pautan di laman web Kumpulan Cortina.

8. Pengeluaran, Akses dan Pembetulan Data Peribadi Anda

8.1. Kumpulan Cortina menyediakan prosedur untuk mengurus Data Peribadi anda selaras dengan peraturan yang terpakai, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA). Persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan penzahiran Data Peribadi kekal sah sehingga ia ditarik balik secara bertulis.

8.1.1. Penarikan Balik Persetujuan:

8.1.2. Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan atau penzahiran Data Peribadi anda pada bila-bila masa dengan menyerahkan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami. Setelah menerima permintaan anda, kami akan memprosesnya dalam tempoh sepuluh (10) hari perniagaan atau sebaliknya memaklumkan kepada anda mengenai jangka masa untuk pelaksanaan penarikan balik persetujuan tersebut , dan selepas itu berhenti mengumpul, menggunakan, atau menzahirkan Data Peribadi anda mengikut permintaan anda tetapi ini tidak menjejaskan hak Kumpulan Cortina untuk terus memproses Data Peribadi di mana pemprosesan sedemikian dibenarkan atau diperlukan di bawah undang-undang yang berkenaan. Bergantung pada setakat mana individu menarik balik persetujuan untuk penggunaan dan/atau penzahiran Data Peribadinya oleh Kumpulan Cortina, penarikan balik persetujuan tersebut boleh menyebabkan Kumpulan Cortina tidak dapat menyediakan perkhidmatan kepada individu tersebut dan boleh dianggap sebagai penamatan perjanjian yang berkaitan antara Kumpulan Cortina dan individu tersebut atau pemberhentian sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Cortina kepada individu tersebut. Walau bagaimanapun, hak undang-undang dan remedi di bawah undang-undang Kumpulan Cortina secara nyata terpelihara dalam keadaan sedemikian.

8.1.3. Akses dan Pembetulan Data Peribadi:

8.1.4. Anda boleh membuat permohonan untuk mengakses atau membetulkan Data Peribadi anda dengan mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami. Untuk membalas permintaan anda, kami mungkin meminta anda mengemukakan bukti identiti anda kepada kami. Kami akan berusaha untuk memberikan akses kepada Data Peribadi anda dalam masa dua puluh satu (21) hari dari tarikh penerimaan permintaan. Jika permintaan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh masa ini, kami berhak melanjutkan tempoh tindak balas sehingga empat belas (14) hari tambahan dan akan memaklumkannya kepada anda, termasuk sebab kelewatan;

8.1.5. Untuk pembetulan, kami akan membuat perubahan yang diperlukan secepat mungkin melainkan kami berpuas hati dengan alasan yang munasabah untuk tidak berbuat demikian;

8.1.6. Bergantung pada skop dan sifat permintaan anda, kami mungkin mengenakan yuran pentadbiran untuk menampung kos pemprosesan. Penilaian ini akan dibuat berdasarkan kes secara berasingan, dan anda akan dimaklumkan mengenai sebarang bayaran terlebih dahulu. Dalam sesetengah kes, deposit juga mungkin diperlukan; dan

8.2. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin perlu meminta maklumat khusus daripada anda untuk membantu kami mengesahkan identiti anda dan memastikan hak anda untuk mengakses Data Peribadi anda (atau untuk melaksanakan mana-mana hak anda yang lain). Ini merupakan langkah keselamatan untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda tidak dizahirkan kepada mana-mana orang yang tidak mempunyai hak untuk menerimanya. Kami juga mungkin akan menghubungi anda untuk meminta maklumat selanjutnya berhubung dengan permintaan anda untuk mempercepatkan tindak balas kami.

9. Ketepatan Data Peribadi

9.1. Anda perlu mesti memastikan bahawa semua Data Peribadi yang diberikan kepada kami adalah lengkap, tepat, benar dan betul.

9.2. Kami akan melakukan segala usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa Data Peribadi yang dikumpulkan oleh kami atau bagi pihak kami adalah tepat dan lengkap.

9.3. Kami biasanya bergantung pada Data Peribadi yang diberikan oleh anda (atau wakil yang diberi kuasa oleh anda). Untuk memastikan bahawa Data Peribadi anda adalah terkini, lengkap dan tepat, sila maklumkan kepada Pegawai Perlindungan Data kami mengenai sebarang perubahan pada Data Peribadi anda melalui maklumat hubungan yang disediakan di Seksyen 15 di bawah.

10. Penyimpanan Data

10.1. Kami hanya akan menyimpankan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan kami mengumpulnya dan di mana penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk tujuan undang-undang atau perniagaan, termasuk untuk tujuan memenuhi sebarang keperluan undang-undang, perakaunan atau pelaporan, atau sebaik sahaja Data Peribadi tidak lagi diperlukan untuk tujuan ia dikumpulkan, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk melupuskan atau memadamkan data secara kekal dengan selamat, mengikut dasar penyimpanan data dalaman kami dan undang-undang Malaysia yang terpakai.

10.2. Untuk menentukan tempoh penyimpanan Data Peribadi anda, kami (antara lain) mengambil kira sifat Data Peribadi, risiko penggunaan atau penzahiran tanpa kebenaran Data Peribadi anda, tujuan kami memprosesnya dan keperluan undang-undang yang berkenaan.

10.3. Butiran tempoh penyimpanan untuk pelbagai aspek Data Peribadi anda boleh diperoleh atas permintaan, dengan menghubungi kami.

10.4. Sekiranya anda memerlukan Data Peribadi anda dipadamkan daripada rekod kami, sila serahkan permintaan anda secara bertulis melalui e-mel yang disediakan dalam seksyen 15.

11. Pautan

11.1. Laman web kami mungkin mengandungi pautan ke laman-laman web lain atau sumber internet lain. Kumpulan Cortina tidak dapat mengawal laman web dan sumber luaran tersebut. Oleh itu, Kumpulan Cortina tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas laman web atau sumber luaran tersebut, dan menolak sebarang tanggungjawab untuk kandungan, pengiklanan, produk, perkhidmatan dan apa-apa bahan lain yang tersedia di atau yang bercabang dari laman web dan sumber luaran tersebut. Di samping itu, Kumpulan Cortina juga tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian, sama ada benar atau didakwa, yang timbul daripada penggunaan atau kepercayaan terhadap kandungan, atau barangan dan perkhidmatan yang tersedia di laman web atau sumber luaran tersebut.

12. Kesatuan Eropah (EU)

12.1. Bagi individu yang tinggal di EU, kami akan mendapatkan persetujuan secara nyata anda (bertulis atau elektronik) untuk memproses Data Peribadi anda, melainkan pemprosesan dibenarkan sebaliknya di bawah GDPR.

12.2. Kami juga akan mendapatkan kebenaran secara nyata anda secara bertulis atau elektronik sebelum menzahirkan mana-mana Data Peribadi anda, melainkan penzahiran tersebut dibenarkan tanpa persetujuan di bawah GDPR.

12.3. Di bawah GDPR, anda mempunyai beberapa hak mengenai Data Peribadi anda, yang boleh dilaksanakan dengan menyerahkan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada alamat e-mel Pegawai Perlindungan Data kami di bawah atau kepada alamat 391B Orchard Road, #18-01 Ngee Ann City Tower B, Singapura 238874. Hak-hak ini termasuk akses kepada data anda, keupayaan untuk memohon pembetulan data, pemadaman dalam keadaan tertentu, sekatan pemprosesan, permindahan data, dan hak untuk membantah pemprosesan, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung atau kepentingan yang sah.

13. Penggunaan Kuki

13.1. Kumpulan Cortina menggunakan kuki HTTP (“Kuki”) di laman web untuk meningkatkan pengalaman dalam talian anda. Kuki ialah fail data kecil yang disimpan pada peranti anda apabila anda menggunakan laman web kami. Anda boleh menyekat atau menyahaktifkan kuki dalam tetapan pelayar anda. Namun begitu, anda perlu sedar bahawa menyekat atau menyahaktifkan kuki boleh, antara lain, menjejaskan kualiti pengalaman pengguna anda di laman web kami. Dengan terus menggunakan laman web kami, anda bersetuju dengan penggunaan kuki di laman web kami.

13.2. Kuki membolehkan anda merekodkan data (maklumat) daripada penggunaan laman web. Maklumat ini dikumpulkan dan disimpan di komputer pengguna sendiri oleh pelayar web pengguna. Maklumat yang dikumpul boleh digunakan untuk memperibadikan pengalaman dalam talian apabila menggunakan laman web, sebagai contoh laman web akan mengingati maklumat berstatus (item yang ditambahkan ke senarai hajat anda) atau merekodkan aktiviti pelayaran (log masuk).

13.3. Dengan menggunakan dan mengakses perkhidmatan yang disediakan oleh laman web, Kumpulan Cortina meletakkan beberapa fail kuki dalam pelayar web anda. Kami menggunakan kuki untuk tujuan-tujuan berikut:

13.3.1. untuk membolehkan fungsi perkhidmatan;

13.3.2. untuk menyediakan analisis;

13.3.3. untuk meningkatkan pengalaman dalam talian anda dengan mengingati pilihan anda; dan

13.3.4. untuk membolehkan penyampaian iklan yang lebih baik termasuk pengiklanan berasaskan tingkah laku.

13.4. Anda mempunyai keupayaan untuk menerima atau menolak kuki dengan mengubah suai tetapan dalam penyemak imbas anda. Jika anda ingin melakukan ini, sila lihat menu bantuan pelayar anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin tidak dapat menggunakan semua ciri-ciri interaktif laman web kami jika pengunaan kuki dilumpuhkan.

13.5. Sebagai tambahan kepada kuki kami sendiri, kami juga boleh menggunakan kuki pihak ketiga untuk melaporkan statistik penggunaan Perkhidmatan, menyampaikan iklan pada dan melalui Perkhidmatan atau tujuan lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

14. Aduan

14.1. Jika anda mempunyai sebarang aduan atau kebimbangan mengenai cara kami mengendalikan Data Peribadi anda, sila hubungi kami dengan mengemukakan permintaan anda secara bertulis atau melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data kami. Kami memandang serius kebimbangan sedemikian dan akan menanganinya dengan segera.

14.2. Apabila mengemukakan aduan, sila berikan butiran yang mencukupi mengenai kebimbangan anda, termasuk sifat aduan, Data Peribadi yang terlibat dan sebarang maklumat berkaitan yang boleh membantu kami menyiasat isu anda.

14.3. Kami berhasrat untuk mengakui penerimaan aduan anda dalam tempoh masa sepuluh (10) hari perniagaan dan akan memaklumkan anda tentang perkembangan semasa. Kami akan menyiasat perkara tersebut dengan teliti dan berusaha untuk menyelesaikannya dalam jangka masa yang munasabah.

15. Pegawai Perlindungan Data

15.1. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, maklum balas atau aduan mengenai dasar dan prosedur perlindungan Data Peribadi kami, sekiranya anda ingin membuat sebarang permintaan, atau jika anda percaya bahawa maklumat yang kami simpan mengenai anda adalah tidak tepat atau sudah lapuk.

15.2. Anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami di Malaysia melalui butiran hubungan berikut:

Orang yang boleh dihubungi: Cik Anna Lee
Jawatan : Pengurus Besar
Telefon: 603 2168 2700
E-mel: dpo@sincerewatch.com.my

16. Adendum Khusus Bidang Kuasa

16.1. Dasar ini dipinda dan ditambah dengan tambahan khusus mengikut bidang kuasa, yang boleh didapati dalam pautan berikut.

16.1.1. Malaysia [https://sincerewatch.com/my-en-addendum/]

16.1.2. Thailand [https://sincerewatch.com/th-en-addendum/]

16.1.3. Taiwan [https://sincerewatch.com/tw-en-addendum/]

17. Bahasa

17.1. Versi Bahasa Inggeris Polisi boleh didapati di sini. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dan/atau ketidakselarasan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Enquire now We will be in touch to inform you when this item is available for purchase. Please provide your contact details below.